Jumaat, 6 Jun 2014

KELUARAN EKSKLUSIF “POUCH” NI’AL /CAPAL NABI EDISI TERHAD




ALHAMDULILLAH,sempena dengan tarikh Israk dan Mikraj yang Barokah pada 27 Rejab 1435,bersamaan 27 Mei 2014,dengan izinNya ,pihak kami mengeluarkan keluaran Eksklusif “Pouch”Ni’al/Capal Nabi edisi terhad.


Berikut ialah syarah/penjelasan/fadhilatnya .



SYARAH/PENJELASAN TENTANG LAKARAN “NI’AL” CAPAL NABI ;



Alhamdulillahilladzi kholaqol kaunaini watsaqolaini washalallahu ‘alaihi wasallam ‘ala shohibinna’laini sayyidina Muhammadibni Abdillahi ibni Abdil mutholibni Haasyim alladzi turjaa syafaa’atuhu ila yaumiddin wa alaa alihi wa ashhaabi rasulillahi ajma’iinaa, amma ba’du.

1..SYEIKHULHADIS MAULANA ZAKARIA telah menterjermahkan perkataan ‘ni'al’ pada setiap hadis sebagai capal[sandal] karana bentuk bercabang dua yang diterangkan di dalam Mawawib jelas menggambarkanannya sebagai capal bukannya sepatu. Mungkinkah juga di uttar paradesh dan lain-lain negeri di india capal dipanggil juga sepatu, maka Syeikhulhadis menterjermahkannya sebagai sepatu.


2. Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah di berikan dengan begitu terperinci didalam kitab Zadus Sai’d karangan Maulana Asyraf Ali Thanwi. Khasiatnya tidak putus-putus. Alim tersebut telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seorang itu akan diberkati dengan ziarah [didalam mimpi] bertemu Rasulullah s.a.w akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzaliman, mencapai kemashuran dan berjaya didalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini.



3.Sandal/Capal Junjungan menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa atas jalan dan di bawah qadam Junjungan s.a.w. agar tidak tersimpang perjalanan menuju keredhaan Allah. Kemuliaan Junjungan tiada tara, sehingga Junjungan tidak diperkenankan Rabbul 'Izzah untuk menanggalkan sandal baginda sehingga pertemuan di tempat pertemuan "qaba qawsaini aw adna" sandal masih berada di tapak kaki Junjungan. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh sandal Junjungan s.a.w. Alfu alfi sholaatin wa alfu alfi salaamin 'alaika Ya Shohiban Na'lain.



4.Lakaran Ni`al al-Mustafa s.a.w. yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad Redha Khan Barelwi dan ditulis padanya bait-bait syair dalam bahasa Urdu yang menyanjung Junjungan al-Mustafa s.a.w. Syaikhul Hadits Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam catatannya untuk kitab "Syamail at-Tirmidzi" menyatakan:- "Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab "Zadus Sa`id" karangan Maulana Asyraf 'Ali Thanwi (rahmatullah 'alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Alim tersebut telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai kemasyhuran dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. " Moga kita juga dapat memperolehi keberkatan ini, jika belum, bersabarlah mungkin belum ada rezeki, mungkin kecintaan belum benar-benar tulus, mungkin kekotoran jiwa belum memungkinkan pertemuan dengan sebersih-bersih dan sebaik-baik makhluk. Nartaji minkas syafa`ah, Ya RasulAllah.



5.Malam ini 27 REJAB, umat sibuk memperingati Isra` dan Mi'raj Junjungan. Kemuliaan Junjungan terlalu amat sehingga apa sahaja bersama Junjungan turut menjadi mulia, seperti diisyaratkan oleh ayat "al-ladzi baarakNaa haulahu" (yang Kami, yakni Allah, berkati sekitarnya"), jika ayat tersebut menceritakan keberkatan Masjidil Aqsa, maka Junjungan s.a.w. ini kemuliaannya keberkatannya keagungannya melebihi segala selain Allah s.w.t., fikirkanlah wahai saudara lalu jadikanlah dirimu berada dalam daairah sekitar Junjungan s.a.w. dan sekitar pewaris dan khalifah Junjungan. 



6.Kemuliaan Junjungan tertumpah sehingga ke ni`alnya yang dibawa bersama menghadap Rabbul Jalil sehingga lakaran ni`al tersebut yang dilakar demi kecintaan kepada tuan empunyanya mengandungi keberkatan dan rahsia yang sukar diungkapkan. Lakaran ni`al Junjungan Nabi s.a.w. mempunyai rahsia dan keistimewaan di kalangan sebahagian ulama sehingga ianya dijadikan simbol bagi Usrah Dandarawi (iaitu pengamal Thoriqat Ahmadiyyah Rasyidiyyah Dandarawiyyah) di Mesir. Antara kelebihannya ialah seperti diceritakan oleh Imam al-Qasthaalani dalam kitabnya "al-Mawaahibul Laduniyyah" juz ke-2 mukasurat 174:- Dan di antara kelebihannya yang telah dicuba manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang sholeh, Abu Ja'far Ahmad bin Abdul Majid:- "Aku telah membuat mitsal ni`al ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:- "Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa "ALLAHUMMA ARINIY BARAKATA SHOHIBI HADZAN-NA'LI" ( Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga.



7.Telah berkata Abu Ishaq:-"Telah berkata Abul Qaasim bin Muhammad:-"Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah."



8.Saudara, inilah antara penyaksian ulama kita berhubung lakaran ni`al al-Musthofa s.a.w. Percaya atau tidak terpulanglah, "al-madad fil masyhad fil I'tiqaad nailul murad" ("Bantuan/ Sokongan sekadar penyaksian dan dalam pegangan teguh tercapainya tujuan"). Untuk pengetahuan, Imam al-Qasthaalani adalah seorang ulama terbilang, pemuka ilmu hadits dan fiqh mazhab Syafi`i. Antara gurunya ialah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Syaikhul Islam Zakaria al-Anshari dan as-Sakhawi. Banyak mengarang kitab antara yang masyhur ialah "Irsyadus Sari fi syarhi Shohihil Bukhari" merupakan syarah Shohih Bukhari dalam 10 jilid besar dan "al-Is`aad fi talkhis al-Irsyad" merupakan furu' feqah Syafi`i.



9.Menurut Kiyai Haji Abdul Jalil Bakri, Mudir Pesantren Darut Tauhid, Brongkal, Pagelaran, Malang, Jawa Timur, sebahagian ulama menyatakan bahawa antara kelebihan timtsal / lakaran / gambaran / mitsal ni`al Junjungan s.a.w. adalah:-

9.1. Apabila timtsal ni`al ini disimpan dalam rumah, maka rumah tersebut selalu mendapat perlindungan Allah dari berbagai marabahaya seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya, serta penghuni-penghuni rumah tersebut akan memperolehi rahmat, barakah, keamanan, selama di rumah tersebut tiada suatu apapun yang menjadi pantangan masuk malaikat rahmat ke dalamnya.
9.2. Apabila timtsal ini dibawa berpergian, maka perjalanannya diberkati dengan keamanan dan selamat serta berhasil. 9.3. Apabila timtsal ini ditaruh di badan orang sakit, maka insya-Allah cepat disembuhkan Allah dengan keberkatan Sayyidina Empunya Ni`al.
orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang empunyanya. Tulusnya cinta pada Sang Kekasih telah menyebabkan keberkatan. Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani memperkatakannya serta membawa nukilan berbagai ulama dalam kitabnya "Jawahirul Bihar" jilid ke-3, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam "Zadus Sa`id", Imam Ibnu 'Asakir dalam kitabnya "Timtsalu Na'l an-Nabiy", Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya "Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na'layn", Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya "Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al", Imam al-Qashthalani dalam kitabnya "Mawahibul Laduniyyah" dan ramai lagi.
10.Ulama membuat lakaran atau imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada Junjungan s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang - orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang empunyanya. Tulusnya cinta pada Sang Kekasih telah menyebabkan keberkatan. Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani memperkatakannya serta membawa nukilan berbagai ulama dalam kitabnya "Jawahirul Bihar" jilid ke-3, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam "Zadus Sa`id", Imam Ibnu 'Asakir dalam kitabnya "Timtsalu Na'l an-Nabiy", Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya "Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na'layn", Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya "Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al", Imam al-Qashthalani dalam kitabnya "Mawahibul Laduniyyah" dan ramai lagi.


11.Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Antaranya Sheikh Yusuf an Nabhani dan telah menulis bait-bait syair mengenai Na'li Rasulullah SAW, iaitu :


"Alas kaki Muhammad s.a.w itu agung di atas kepala alam semesta, dan segenap makhluk itu berada dibawah bayang-bayangnya.

jarak yang lebih dekat (dengan Allah) tidak diminta supaya ditanggalkan sandalnya.
Lambang yang meniru sandal asli Sang rasul yang paling mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan menjadi tanah
Ketika di bukit Tursina Musa a.s diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Muhammad s.a.w biarpun berada pada
untuk dipijak olehnya.
Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya.
Lambang sandal Al-Mustafa itu tiada bandingannya, ia adalah kerehatan bagi ruhku dan celak (ubat) bagi mataku.

kaki tuannya sebagai perisai.
Aku berlindung daripadaNya (kemarahan Allah) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda s.a.w, sebagai tembok
Sangatlah mulia lambang sandal yang agung ini! Kerananya, semua kepala berharap alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda s.a.w).
Apabila aku melihat Allah (Ad-Dahr) mula memerangi manusia (kerana maksiat mereka) aku menjadikan alas yang kukuh dimana aku berasa aman dibawa perlindungannya.
Aku berkhidmat pada lambang sandal Al-Mustafa, supaya dapat aku hidup di dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya.


Berbahagianya Ibn mas'ud kerana khidmatnya pada sandal Baginda (Yang sebenar), dan aku, adalah si dia yang berbahagia kerana khidmatku pada lambangnya.
Hakikatnya ia adalah mahkota!"
-Al-Qadi As-Shaykh Yusuf al-Nabhani-
Begitulah sifat para a'lim ulama.
Sesungguhnya bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada si dia yang memakai sandal itu. Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapanya kita akan diangkat dan dimuliakan! Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, Kerana secara zahir ia adalah sandal, namun pada
ha yang begitu tinggi mahabbah mereka kepada Tuan Punya Capal SAW. Akhirnya semoga kita mendapat keberkatan daripada Nabi Muhammad SAW dan perbanyakkanlah selawat kita kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarga serta sahabat Baginda SAW. Moga kita di kumpulkan di akhirat kelak dibawah panji Nabi Muhammad SAW. Ameen ya Rabbal 'Alamin...


12. Jika digunakan untuk perang dalam membela agama Allah maka, akan diberikan kemenangan dan juga tidak sampai melarikan diri (dari peperangan).

12.1. Jika digunakan untuk berdagang maka akan selamat dari perampok.
12.2. Jika di letakkan pada barang dagangan maka akan aman dari pencurian dan perampokan.
12.3. Apabila di letakkan di dalam rumah maka akan selamat dari kebakaran.
12.4. Apabila dibawa di dalam kapal / perahu maka akan diberikan keselamatan dari karam/ tenggelam.
12.5. Apabila dibawa orang yang sedang sakit maka akan diberikan cepat sembuh.
12.6. Apabila orang yang hatinya kalut maka akan segera bahagia.
12.7. Apabila mempunyai hajat dan mau bertawasul kepada Rasulullah SAW maka orang tersebut akan segera tercapai hajatnya.
Semua ini didasari dengan keyakinan yang teguh/kuat dan cinta kepada Rasulullah Muhammad SAW seperti yang disabdakan Rasulullah SAW:
“wamaa hutu anni’aalisyaghofna qolbi wa lakin hubbu man labisa anni’aala”
yang artinya:”tidak cinta terhadap sandal ini,
juga cinta terhadap yang punya sandal yaitu Rasulullah Muhammad SAW”.
Allohumma arinaa barokata hadzihi anna’li bihaqqi man danaa fatadallaa fakaana qooba qousaini au ‘adnaa.


13.Menurut Kiyai Haji Abdul Jalil Bakri, Mudir Pesantren Darut Tauhid, Brongkal, Pagelaran, Malang, Jawa Timur, sebahagian ulama menyatakan bahawa antara kelebihan timtsal / lakaran / gambaran / mitsal ni`al Junjungan s.a.w. adalah:-
13.1 Apabila timtsal ni`al ini disimpan dalam rumah, maka rumah tersebut selalu mendapat perlindungan Allah dari berbagai marabahaya seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya, serta penghuni-penghuni rumah tersebut akan memperolehi rahmat, barakah, keamanan, selama di rumah tersebut tiada suatu apapun yang menjadi pantangan masuk malaikat rahmat ke dalamnya. 13.2 Apabila timtsal ini dibawa berpergian, maka perjalanannya diberkati dengan keamanan dan selamat serta berhasil. 13.3 Apabila timtsal ini ditaruh di badan orang sakit, maka insya-Allah cepat disembuhkan Allah dengan keberkatan Sayyidina Empunya Ni`al. Kemuliaan Junjungan tertumpah sehingga ke ni`alnya yang dibawa bersama menghadap Rabbul Jalil sehingga lakaran ni`al tersebut yang dilakar demi kecintaan kepada tuan empunyanya mengandungi keberkatan dan rahsia yang sukar diungkapkan.




14. Sandal/Capal Junjungan menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa atas jalan dan di bawah kaki Junjungan s.a.w. agar tidak menyimpang perjalanan menuju keredhaan Allah. Kemuliaan Junjungan tiada tara, sehingga Junjungan tidak diperkenankan Rabbul ‘Izzah untuk menanggalkan sandal baginda sehingga pertemuan di tempat pertemuan “qaba qawsaini aw adna” sandal masih berada di tapak kaki Junjungan. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh sandal Junjungan s.a.w.
15. Perhatian diberikan Hanya ke Na’lu Baginda s.a.w. bukan kerana Terompahnya tetapi kerena yang Memakainya.
Maka terpulanglah kepada kita sebagai umatnya, Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin ‘Alaika, Ya Shohibal-Mi’raaj. Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin ‘Alaika, Ya Shohiban-Na’lain. (Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Mi’raaj; Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Dua Ni`al).
EKSKLUSIF UNTUK PARA MUHIBBIN :

1.POUCH COKLAT/BROWN : RM59.90 ( 10cmx15cm )

2.POUCH KELABU/GREY : RM69.90 ( 12cmx17cm )

3.POUCH HITAM/BLACK :RM79.90 ( 15cmx17cm)

4.STIKER KERETA SWLT : RM9.90

Jika membeli secara berasingan,harga bagi ke tiga-tiga POUCH ialah RM209.70 termasuk POSLAJU.

TAWARAN ISTIMEWA bagi MUHIBBIN; 

Beli ketiga-tiga POUCH SEKALIGUS   harganya hanya RM180.00 SAHAJA  termasuk POSLAJU dan STIKER KERETA SWLT PERCUMA .(Anda JIMAT RM29.70!)

*Rekaan EKSKLUSIF  khusus untuk membawa tasbih,minyak wangi/Attar dan barang keperluan/peribadi untuk menghadiri majlis-majlis Agama,Maulid,dll.

SOLLU ALAN NABI..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan