Isnin, 6 Oktober 2014

KALIMAH ALLAH Pada Kek -Tanda-tanda KebesaranNYA



- SUBHANALLAH,Kuasa Allah Bagi Yang Mahu Berfikir -

Ini cerita 3 minggu lepas,iaitu pada 20 September 2014.Dalam facebook saya dah ceritakan hari tu,cuma untuk pembaca blog saja yang belum ,ok,saya share apa yang saya tulis di facebook .Maaf lambat update ya:)

20 SEPTEMBER 2014
 Pagi tadi ahlia saya memasak kek..saya tak reti masak pun,hanya bagi sokongan moral : )Bila dah siap,beliau memanggil dan menunjukkan sesuatu…Subhanallah,kalau ditengok betul-betul,tertulis kalimah Allah dalam tulisan jawi ..Saya terus bertanya,boleh buat /adjust ke tulisan kat dalam? Memang tak boleh pun.. Hmmm,Saya menghela nafas panjang,ya,betapa besarnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah S.W.T kepada hambaNya yang banyak berdosa sekalipun (seperti saya )…untuk sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan,berjalan,baring,duduk,driving atau sedang membuat kek! Moga2 menjadi penguat keimanan bagi (saya sendiri ) dan sahabat yang mahu berfikir…ALHAMDULILLAH…

21 SEPTEMBER 2014

Tadi ahlia saya hantar WhatsApps foto kek petang tadi ,saya belek-belek,ya,tulisannya semakin jelas terutama garis tengah berwarna coklat..Subhanallah..Saya tak mahu komen banyak,cuma terjemahan Ayat Suci Al Quran di bawah,menjadi ikhtibar bagi yang mahu BERFIKIR....Wallahualam

Apa yang boleh saya katakan,hanya rasa BERSYUKUR,dan memohon keampunan dariNya...Moga-moga Allah mengampuni dosa saya dan tuan/puan yang mulia.Amiin.
SUBHANALLAH..



“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [Surah Ali ‘Imran: 190-191]



ASAL KEK YANG BELUM DIMASAK




Tiada ulasan:

Catat Ulasan