Ahad, 19 Oktober 2014

CINCIN SUPREME LEKLAI NURCAHYA



ALHAMDULILLAH,  mengambil berkah pada penghulu segala hari , Jumaat,3 Oktober 2014 bersamaan 9 Zulhijjah 1435 Hijriah berkesempatan  memperkenalkan batuan yang sangat rare  yang bernama LEKLAI,makhluk Allah yang sangat popular di negara jiran kita,Siam:)  Disana,ia sering disebut permata . Di barat ia dikenali AURA/POWER STONE dan ya,Leklai antara barang mistik yang amat RARE serta menjadi rebutan artis dan pengamal perubatan.
INSHAALLAH,Siap diisi dan berkekuatan alami untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan badan,menguatkan saraf dan organ dalaman,janin dan rahim,meningkatkan vibrasi Aura anda secara automatik,penyembuhan gangguan saka dan proteksi mutlak dari histeria, penyerap dan penenang jiwa  bagi yang kerap stress/tekanan akibat pelbagai faktor,kerja,rumahtangga,persekitaran.Penawar racun  gigitan haiwan yang berbisa.Kebiasaan yang berlaku,jika ada energy negative  (sihir contohnya) pada tubuh badan anda,ia akan terasa berdenyut-denyut di hujung jari hingga ke tulang belakang.Tangan juga akan menjadi sejuk dan menggeletar tanpa sebab.Jika ada pengamal aliran hitam atau orang yang mempunyai khodam,mereka akan merasa gelisah dan akan beredar jika duduk bersebelahan dengan anda.Vibrasi Aura Leklai ini mampu mempengaruhi dalam jarak 10 meter persegi. Sebab itu ramai yang meletakkan di dalam bilik tidur, beg tangan, poket, dalam laci pejabat, ataupun di dalam dashboard kereta.Cuma yang ini dah siap dalam bentuk cincin yang sudah diikat,pakai jelah ye tak?:)
 Di samping itu, getaran zarah-zarah yang membina batu leleh ini pula bisa menghasilkan gelombang yang cukup baik dan serasi dengan tubuh badan manusia. Dari fakta sains, seperti yang kita sedia maklum, batu mempunyai atom atau zarah paling kecil yang sentiasa bergetar. Getaran ini menunjukkan bahawa semua makhluk Allah di bumi ini sentiasa bertasbih atau berzikir memuji kebesaran tuhan. Getaran yang dihasilkan oleh zarah-zarah seni ini, sentiasa menghasilkan gelombang elektronik. Gelombang elektronik (aura) ini boleh meneutralkan golombang negatif pada tubuh badan manusia.
Difahamkan,para Pendekar   zaman dahulu mengguna ketulan kecil besi Leklai ini ke tubuh badan mereka untuk tujuan tertentu alam peperangan khususnya untuk menjadi kebal (kebal Darurat).
Pengisian ADDS ON / tambahan dengan Doa Nurun Nubuwwah,Salawat Nurizzat dan ******, energy piramid serta  Serapan Akses Energi Super Leklai dari gua-gua di provinsi Karnjanaburi dan Kamphangphet,Thailand.BIIZNILLAH!


SIZE : 21 -1 unit,22- 2 unit,23- 1 unit

STOK ADALAH TERHAD!

Mahar :RM450.00

Isnin, 6 Oktober 2014

TESTIMONIAL NYATA PENGGUNA MUSTIKA ASR NURCAHYA



ALHAMDULILLAH, berikut antara beberapa testimonial pengguna Mustika ASR Nurcahya ,dan ada beberapa lagi yang tidak kami paparkan kerana sebab tertentu.Mustika ASR ni multifungsi,nak buat isian ke batu permata lain pun boleh,cuma kena ada had.Kalau tak,boleh pecah batu lain yang nak diisi..(Lihat gambar di bawah).Saya hanya menunggu 'gerak",kalau positif inshaAllah Versi 3 akan dikeluarkan..Yelah,kadang yang pakai ni pun terlupa,dok pakai gaduh dengan orang sampai pengsan lak dikerjakan orang tu..:)
Saya tak mau cakap banyak,biarlah gambar yang bercerita.INOVASI dan REVOLUSI  dalam bidang Metafizika bukan pada janji yang muluk-muluk,tetapi pada hasil dan kesan yang TERBUKTI NYATA!

TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN KEIZINAN ALLAH!BIIZNILLAH!




















KALIMAH ALLAH Pada Kek -Tanda-tanda KebesaranNYA



- SUBHANALLAH,Kuasa Allah Bagi Yang Mahu Berfikir -

Ini cerita 3 minggu lepas,iaitu pada 20 September 2014.Dalam facebook saya dah ceritakan hari tu,cuma untuk pembaca blog saja yang belum ,ok,saya share apa yang saya tulis di facebook .Maaf lambat update ya:)

20 SEPTEMBER 2014
 Pagi tadi ahlia saya memasak kek..saya tak reti masak pun,hanya bagi sokongan moral : )Bila dah siap,beliau memanggil dan menunjukkan sesuatu…Subhanallah,kalau ditengok betul-betul,tertulis kalimah Allah dalam tulisan jawi ..Saya terus bertanya,boleh buat /adjust ke tulisan kat dalam? Memang tak boleh pun.. Hmmm,Saya menghela nafas panjang,ya,betapa besarnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah S.W.T kepada hambaNya yang banyak berdosa sekalipun (seperti saya )…untuk sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan,berjalan,baring,duduk,driving atau sedang membuat kek! Moga2 menjadi penguat keimanan bagi (saya sendiri ) dan sahabat yang mahu berfikir…ALHAMDULILLAH…

21 SEPTEMBER 2014

Tadi ahlia saya hantar WhatsApps foto kek petang tadi ,saya belek-belek,ya,tulisannya semakin jelas terutama garis tengah berwarna coklat..Subhanallah..Saya tak mahu komen banyak,cuma terjemahan Ayat Suci Al Quran di bawah,menjadi ikhtibar bagi yang mahu BERFIKIR....Wallahualam

Apa yang boleh saya katakan,hanya rasa BERSYUKUR,dan memohon keampunan dariNya...Moga-moga Allah mengampuni dosa saya dan tuan/puan yang mulia.Amiin.
SUBHANALLAH..



“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [Surah Ali ‘Imran: 190-191]



ASAL KEK YANG BELUM DIMASAK