Sabtu, 15 Jun 2013

KAYU REFLEKS SENJATA SIRR NURCAHYA





Kita bukan hanya pernah mendengar, tetapi juga telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai kaedah perubatan refleksologi.. Pada asasnya kaedah rawatan refleksologi menggunakan tekanan bahagian-bahagian tubuh tertentu dengan benda-benda yang keras, kayu, tanduk dan sebagainya lagi. Pesakit yang sedang menerima rawatan akan merasa sedikit sakit  terutama apabila disentuh di tempat yang bermasalah.Caranya pelbagai,ada yang menggunakan jari dan ada yang menggunakan kayu khas.
Asas utama REFLEKSOLOGI ISLAM ialah kebersihan zahir dan batin. Pada zahir berdasarkan syariat Islam yang sebenar. Pada batin mengikut akidah Ahli Sunnah wa Jama’ah. Akidah Ahli Sunnah wa Jama’ah memandang adanya tiga hubungan iaitu sabab ( Ų³ŲØŲØ ), musabbab ( Ł…Ų³ŲØَّŲØ ) dan musabbib ( Ł…Ų³ŲØِّŲØ ). Misalnya ubat dan rawatan adalah sebab, sembuh penyakit yang diubati adalah musabbab. Kehendak, ketentuan dan kekuasaan Allah yang menyembuhkan penyakit itu adalah musabbib al-Asbab. Allah berfirman maksudnya “Kalaulah ada sesuatu bacaan yang dengan sebabnya gunung-gunung pecah bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi terbelah atau dengan sebabnya orang yang telah mati boleh bercakap, bahkan segala urusan tersebut hanya bagi Allah”.
(Surah al-Ra’d: ayat 31)
Urutan refleksologi di tapak kaki selalunya menjadi pilihan ramai kerana ianya mudah untuk dilakukan dan pesakit dapat duduk dalam keadaan selesa. Anggota badan yang lain seperti tapak tangan, telinga, peha dan betis dan sebagainya juga boleh dilakukan urutan refleksologi. Titik-titik akupunktur juga boleh dilakukan urutan atau picitan yang lebih dikenali sebagai Acupressure. Sebagai contoh tapak tangan kita mempunyai pelbagai titik-titik refleksologi maka sekiranya anda berada di dalam pejabat, kelas atau sebagainya anda boleh sahaja memicit titik tersebut jika anda sakit kepala, selsema, demam dan simptom-simptom yang lain.

Ramai yang tidak menyedari bahawa urutan refleksologi sudah lama diamalkan di dalam ajaran Islam. Bagaimana? Cuba lihat kita solat sebagai contohnya kedudukan sujud yang mana hujung jari kaki tersebut di ditekan. Sedarkah anda bahawa anda sedang mengamalkan refleksologi? Kemudian kedudukan duduk antara dua sujud dan tahyat akhir juga menunjukkan anda sedang membuat urutan terhadap tapak kaki anda. Maha Suci Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya di dalam pergerakan solat itu sendiri. Banyak lagi hikmah yang boleh didapati dari pergerakan solat dan ini adalah sebahagian daripadanya.

Contoh yang lain juga apabila kita mengambil wudhu' sewaktu menyapukan air pada telinga anda juga mengamalkan urutan refleksologi kepada telinga anda. Tahukah anda telinga anda mempunyai puluhan titik-titik refleksologi atau akupunktur? Jadi bila anda menyapu air di telinga itu janganlah setakat sapu sahaja tetapi picit la sedikit kerana ianya akan merangsang saraf-saraf di telinga itu. Bayangkan orang China pernah menegur umat Islam supaya melakukan sedikit picitan semasa mengambil wudhu' kerana mereka sudah membuat kajian terlebih dahulu tentang titik tersebut. 

UNTUK MAKLUMAN,KAYU INI MEMPUNYAI 2 FUNGSI UTAMA,IAITU SEBAGAI KAYU URUTAN DAN SENJATA :
 
1.Kelebihan  Menggunakan Kayu Nurcahya Sebagai Urutan Refleksologi


  1. Membuang toksik - refleksologi tidak boleh mengeluarkan toksik melalui tapak kaki tetapi ianya dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan dan pembuangan.
  2. Melancarkan pengaliran darah - urutan refleksologi dapat memperbaiki pengaliran darah dan pesakit akan mengalami kesegaran selepas itu.
  3. Meningkatkan imuniti badan - daya tahan badan manusia dapat ditingkatkan dalam menangani serangan pelbagai penyakit di zaman moden ini.
  4. Menyeimbangkan kedudukan badan - sekiranya selalu diamalkan refleksologi ini maka kedudukan badan atau postur badan akan seimbang. Lebih baik digabungkan dengan kiropraktik.
  5. Menguatkan otot kaki - setelah pengaliran darah menjadi normal maka otot-otot juga dapat menguatkan fungsinya kembali akibat urutan refleksologi.
  6. Melawaskan pembuangan air kecil dan besar - masalah kencing tidak lawas dan sembelit dapat dikurangkan dan seterusnya sembuh.
  7. Tulang menjadi lebih kuat - pengaliran darah yang normal dan rangsangan saraf akibat urutan refleksologi dapat membantu menguatkan tulang-tulang.
Uniknya kayu refleksolgi ini,boleh digunakan dengan pelbagai cara kerana mempunyai 3 sisi yang berbeza,terpulang kepada anda bagaimana menggunakannya.

2.KAYU SEBAGAI SENJATA
Satu lagi yang menarik tentang kayu ini ialah kelebihannya sebagai senjata rahsia khususnya bagi yang mahir bermain kerambit.Pasti anda yang menekuni bidang persilatan tahu kelebihan senjata kecil tetapi berbisa ini.
Terlalu banyak kaedah yang boleh di aplikasi menggunakan kayu ini.Antara kaedah "makannya"ialah sama seperti kerambit, iaitu merobek sasaran lembut pada tubuh lawan seperti leher, bawah dagu, ulu hati, sisi pinggang, kantung kemaluan, ketiak, tendon-tendon utama seperti pergelangan, pelipatan siku dan lutut. Arah gerak makannya secara horizontal (lambai atas dan lambai bawah) dan vertikel. Setiap kali  mengena sasaran,  pengemudinya akan menyentap kayu tersebut sebagai usaha merobek tubuh lawan. Ianya disimpan dan dipegang secara sembunyi dari penglihatan musuh. Biasanya, para pendekar akan menyimpan kayu ini di dalam poket, menyelit kayu disebalik bengkong (atau di sekitar pinggang yang sedikit belakang agar tersorok dari pandangan musuh), dan ada juga disimpan dalam kilasan kain sarung atau sampan.
Satu lagi,inshaAllah membawa kayu ini SELAMAT dari ditahan pihak berkuasa…hehe almaklum  kerana fungsi utama sebagai kayu urutan refleksologi.Bagi para peminat yang berminat sebagai senjata,sila maklumkan untuk saya masukkan pembisa dan pendinding  sekali.
SANGAT TERHAD.


Mahar :RM190.00 seunit