Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri
daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama,
membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama.
Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan
ketinggian tapak sehingga ke puncak.
Binaan
piramid
Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang
paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana
piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir
pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650
SM).
Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah
satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun
2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap
satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya
482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah
tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan
kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan
sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang
kelihatan pada masa sekarang.
Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia.
Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir,
tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid
Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam.
Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)
Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai
piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya
dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk
kepada ziggurat orang-orang Babylon.
Piramid di
Mexico
Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk
pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat
pengorbanan manusia dan haiwan.
Terdapat juga monumen silam berbentuk piramid di Amerika Tengah dan sebahagian
Asia.
PYRAMID – Tenaga yang Tetumpu
Anda mungkin mengetahui tentang
kewujudan piramid di dunia ini tetapi pernahkan anda mendengar mengenai daya
dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid yang ada di muka bumi ini ?
Bagaimana tenaga ini terhasil dan bagaimana kaedah untuk menggunakannya untuk
memenuhi keperluan seharian kita ?
Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh
penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan
terbukti keberkesanannya.
Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang
amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau
tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda
dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak
berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita
,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.
Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya
dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga
tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi ,
cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga
piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis
tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau
mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya
menggunakan sebuah piramid.
Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing
yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera
sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk
menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing
pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya
kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut
merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.
Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan
mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru
mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat
berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga
merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut
keadaan.
Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat
membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi
terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.
Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana
mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri (
daripada kadbod ), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat
menyelesaikan masalah kehidupan anda.
KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN
Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-
Mengekalkan warna bunga ros
Mengekalkan ketajaman pisau cukur
Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal
Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan
Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang
Membantu perkembangan pokok
Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan
Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya
Meningkatkan kualiti tidur dan rehat
Meningkatkan daya penyembuhan penyakit
Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran
PENETAPAN LOKASI PIRAMID
1. Mengikut unjuran Utara – Selatan. Gunakan kompas
untuk penentuan
2. Jauh daripada sumber elektrik, medan magnet dan
elektrostatik
3. Tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai
4. Tempat yang tenang dan bebas daripada kebisingan
5. Tempat yang kedudukan piramid tidak akan diganggu
oleh orang lain.
6. Boleh diletakkan di luar rumah tetapi ada
perlindungan daripada panas dan hujan
7. Di atas permukaan yang rata.
8. ’Bersihkan’ energi tempat untuk perletakan
Piramid sebelum meletaknya di lokasi berkenaan kerana energi negatif yang sedia
ada di lokasi berkenaan akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh
piramid berkenaan
9. Sebagai penambahan, letakkan beberapa kristal
terpilih di sekitar piramid serta gunakan wangi wangian di sekitarnya untuk
menambahkan lagi keberkesanan tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
10. Sekarang, andaikan lokasi berkenaan adalah
tempat yang istimewa dan jauhi daripada berkata sesuatu yang negatif, emosi
yang negatif serta perbuatan yang tidak sepatutnya di lokasi berkenaan kerana
semua ini akan mempengaruhi tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
11. Seeloknya, lakukan solat dan aktiviti kerohanian seperti berzikir dan
membaca al Quran di lokasi berkenaan.
12. Tenaga Piramid boleh digunakan mengikut kaedah
yang akan diterangkan dan keperluan yang anda mahukan.
Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul ?
Setelah di tempatkan di lokasi yang tepat, maka anda akan dapati tidak ada apa
apa yang akan berlaku. Ini samalah seperti mana anda meletakkan kedudukan
antena TV di tempat yang betul, tidak ada apa apa yang akan berlaku pada TV
anda.
Ingatlah bahawa piramid adalah sebuah alat seperti antena TV. Maka untuk
mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang
iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda
iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati.
RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID
1. Permukaan Utara – Kekayaan Kebendaan ( Fizikal )
Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan
disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri anda dengan gelombang
tenaga yang dipancarkan oleh piramid berkenaan, maka anda dapat menggunakannya
untuk mencapai kehendak anda berkaitan kebendaan atau material. Walau
bagaimanapun perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, maka anda
tidak seharusnya mengambil sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian
keduniaan ini.
2. Permukaan Timur – Perasaan kasih Sayang dan Kedamaian Jiwa ( Emosi )
Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan nafsu seks tapi
adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Sebagai contoh untuk
menguatkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan ikatan rumah tangga, kedamaian
dalam kehidupan dan seumpamanya.
Jangan disalahgunakan Tenaga Permukaan Timur ini dengan berhajat agar sesaorang
yang tidak sukakan anda akan menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar melupakan
anda. Ini menyeleweng dari tujuan sebenarnya pengunaan tenaga piramid yang
berkaitan dengan hukum alam.
3. Permukaan Selatan – Perlindungan dan Penyerangan
Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ini kerana Permukaan Selatan
mewakili simbul API. Jesteru itu tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi
tujuan kebaikan dan kejahatan. Perlu diingatkan bahawa di dalam hukum karma dan
alam, setiap perbuatan ada balasan serta kesannya kepada diri kita sendiri. Maka
berhati hatilah dalam menggunakan Tenaga Permukaan Selatan ini dalam kehidupan
seharian.
Walaupun tenaga ini boleh digunakan untuk perlindungan dan penyerangan,
penggunaan sebagai perlindungan adalah lebih baik. Penggunaan tenaga secara
penyerangan hanya dapat digunakan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga
negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan
tenaga untuk merosakkan orang lain.
4. Permukaan Barat –
Kesihatan dan Kekuatan
Permukaan Selatan ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci lagi menyucikan.
Dengan Tenaga Permukaan Barat ini, anda boleh menggunakannya untuk tujuan
rawatan dan juga menambahkan kekuatan tubuh badan. Perlu diingat, penggunaan
Tenaga Penyembuhan ini hanyalah bersifat ”supplementary effort”, maka untuk itu
ubat-ubatan dan makanan tambahan berkhasiat masih diperlukan untuk
mempercepatkan lagi penyembuhan diri anda.
Kini,pengisian tambahan BOOSPTER
POWER telah di
tambah dengan model Piramid Asli dari Mesir.Alhamdulilah,kami satu-satunya yang
‘mengenergize’ semua barangan hikmah kami dengan pyramid ini.Untuk info,model pyramid
ini adalah asli dari tanah Mesir (dan diperbuat dari tanah -sama seperti Piramid asli!Jadi perbezaan dan PELENGKAP UTAMA adalah melalui piramid ini
(siap ada SPHINX lagi!) disamping 3 piramid kami yang lain.Harap lepas ni takde lagi yang
tiru atau copy gambar dari blog kami pula ya:)
Hanya di Pusat Rawatan Alternatif NURCAHYA‼!